PROJEK MPU 21032 (PN. NURUL HUDA BINTI AZIZAN).

 

Tanggungjawab Sosial Dalam dan Luar Negara 




Definisi tanggungawab sosial

Mengakui bahawa pilihan atau pembuatan keputusan dan tingkah laku seseorang memberi kesan kepada alam persekitaran dimana ia tinggal. Selain itu, keputusan yang diambil sebagai individu, pekerja, majikan, rakyat, profesional dan ahli politik memberi impak kepada persekitaran sosial dan fizikal.



Tanggungjawab sosial sebagai rakyat

  • Menjadi agen moral dengan memastikan setiap tindakan yang dilakukan adalah mengikut etika yang baik tanpa perlu pengawasan oleh agensi penguatkuasaan luaran dan ancaman seperti hukuman atau tekanan masyarakat di sekeliling.
  • Memupuk sikap bertanggungjawab dan amanah kerana individu yang mampu mengawal tindakannya dan tidak melanggar undang-undang negara dan etika kerja adalah manusia yang memiliki watak yang baik.



Tanggungjawab sosial terhadap profesional (pekerja)

  • Tanggungjawab sosial yang paling utama ialah memberikan perkhidmatan yang sama kepada semua tanpa mengira agama, warna kulit, jantina, fahaman politik dan status sosio-ekonomi.
  • Terdapat 6 sifat amanah kepada profesion yang perlu dipegang:

  1. Jujur.
  2. Berterus-terang.
  3. Cekap.
  4. Tekun.
  5. Teliti.
  6. Setia dan menyimpan rahsia.
  • Suasana kekeluargaan, kasih sayang, muafakat dan kebajikan dalam organisasi menimbulkan keseronokan bekerja.
  • Prinsip menjaga tanggungjawab sosial kepada pelanggan atau pemegang taruh.
  • Pekerja memiliki tanggungjawab sosial kepada masyarakat umum dipanggil pihak ketiga.



Tanggungjawab sosial terhadap organisasi atau korporat

  • Kewajipan pengurusan sesebuah organisasi untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan yang membantu dalam kebajikan dan kebaikan kepada masyarakat dan organisasi.
  • Tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bermaksud komitmen syarikat dan organisasi korporat terhadap keperluan sosial (hak masyarakat, penjagaan alam sekitar, kebajikan para pekerja, hak-hak pengguna dan sebagainya).



Tanggungjawab sosial ke atas alam sekitar

  • Pelanggaran ke atas hukum-hukum ekosistem semulajadi menggangu keseimbangan ekosistem keseluruhannya yang mengakibatkan kerosakan kesihatan masyarakat atau penduduk.
  • Isu pencemaran masih sukar diatasi kerana kegagalan pelbagai pihak sama ada pengguna, peniaga dan masyarakat awam dalam menghayati tanggungjawab sosial dalam menjaga atau memelihara alam sekitar.
  • Contohnya ialah pencemaran air akibat pembuangan sisa-sisa kimia dan bahan cemar lain dari kilang-kilang ke sungai-sungai.

Tanggungjawab sosial dalam negara

  • Kepentingan tanggungjawab sosial:
  1. Aktiviti tanggungjawab sosial yang dijalankan secara bersama akan mewujudkan rasa persefahaman dan pengukuhan jati diri di dalam sesuatu kumpulan.
  2. Aktiviti yang dirancang dengan baik akan memberikan impak kesihatan diri dari segi fizikal dan rohani.
  • Contohnya iaitu Pasukan Polis Marin dengan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan seperti ESSCOM tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban penduduk Baja Laut yang merupakan masyarakat dirantau Asia Tenggara yang tidak diikitiraf dimana-mana negara.



Tanggungjawab sosial di luar negara

  • Tanggungjawab sosial yang perlu dijalankan termasuklah menitikberatkan kesihatan masyarakat, keselamatan, pendidikan, pekerjaan, alam sekitar dan pembangunan ekonomi dan masyarakat.
  • Contoh program-program yang dianjurkan untuk membantu masyarakat luar negara:
  1. Program korban di Kemboja.
  2. Membantu rakyat Palestin.
  3. Membantu negara yang ditimpa musibah bencana alam.
  4. Misi kemanusiaan ke negara yang dilanda krisis peperangan.
  • Contohnya, badan-badan amal seperti YAPEIM, MERCY dan lain-lain telah menyalurkan bantuan perubatan, makanan dan pembinaan klinik.


Comments